Sunday, January 17, 2016

Tanam Anggur Part 2 : JALAN-JALAN PERLIS DAN PERAK

Assalamualaikum =)

Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur untuk terus menulis coretan di blog nih...

Sebelum nih dalam Part 1 ade crita tentang detik2 yg berlaku setiba sahaja menjejakkan kaki ke Malaysia setelah sekian lama. Nih link dia kat bawah ni.

Tanam Anggur Part 1 : SETIBA DI MALAYSIA

So, entry kali nih nak crita plak satu crita nih. Cerita ape tuh? Oh, sesungguhnya seorang ainin adalah seorang yg suka bercerita. Sesiapa yang pernah tinggal dengan saya ataupon kenal rapat dengan saya pasti taw saya nih jenis macam mana orangnya. Bila dah start cerita tuh, bukan main semangat lagi dia nak explain satu2. Haha. Xpelah, maybe itu satu yang unik dalam diri saya. Unik ke? =P
Sesiapa yang bakal tinggal dengan saya lepas nih, bersedialah telinga anda untuk mendengar cerita2 dan bebelan saya. InsyaALLAH, walaupon rasa perit di telinga nak kena dengar tapi suara ini lah yang bakal dirindui nanti =)
Mereka yang baru mengenali saya mungkin akn cakap sy nih agak pemalu lah pendiam lah. Hakikatnya bila dah kenal lama, mulalah keluar bising dia tuh. Nih berdasarkan ape kawan2 rapat yg bagitaw tentang diri saya nih lah. Diorang kata senang je nak kenal ainin nih, gi tido sehari kat rumah dia. Nanti kenallah dia camne. Haha

Oklah , jomlah kita mula cerita....

Dalam beberapa minggu selepas pulang ke Malaysia, kalo x silap dalam 2 minggu macam tuh kot, kami satu famili merancang untuk ke Perlis melawat adik yang no.4, Hidayahtul Hasanah yang berada di IPG Perlis waktu tuh. Dalam famili, kami panggilnya KakChik. So, KakChik nih sebenarnya aritu waktu hari pertama pendaftaran masuk ke IPG Perlis, dia daftar kat sana tanpa ibubapa sebab time tuh baba dengan ibu masih lagi Mesir. Pegi Perlis daftar aritupon, dia naik bas je dengan Capik, Habib dan Nenek. Nih pon nasib baik nenek ikut at least adelah juga orang dewasa. Kesian dia. So, kedatangan kiteorang nih nak melawatlah dia plus saya sendiri pon masih belum lagi jumpa dengan dia sejak balik Malaysia.

Dah alang2 sampai Perlis, berjalan-jalan lah kiteorang sekitar Perlis tuh. Bukan senang nak datang sini kan. Jauh nun kat utara sana. So, kat sana kiteorang tido di homestay berdekatan dengan IPG Perlis.
Perlis nih pon kecik je, x besar pon. Tempat yang sempat kiteorang pegi ialah Gua Kelam dan Pasar Besar. Xde gambar kat Pasar Besar. Sibok sangat shopping. Haha. Nih adalah beberapa gambar kat sana kat bawah nih.....

3 adik beradik perempuan kat depan homestay Yang belah kiri sekali je still available. 2 lagi tunang orang.

Demi Kakchik sanggup bawak banner sampai ke Perlis. Seronok tengok sawah padi terbentang luas. Hijau je.


Kat Gua Kelam. KakChik amik gambar.

Senyummmmm =)

Kami 5 adik beradik. Percayalah, saya yang sulung. Haha


Dalam on the way nak balik ke Melaka, kami singgah ke Perak untuk menziarahi famili Pakcik dan Makcik kebetulan dah memang lalu kat situ plus ada beberapa barang kiriman yang dikirim untuk diberi pada Makcik and Pakcik. Alhamdulillah, seronok gi ziarah2 nih. Dapat lagi kenal rapat dan erat sillaturrahim. Lagi2 mereka sekeluarga tinggal di kawasan kampung. Seronoknya masuk kawasan kampung!!! Aman je rasa, damai je suasana. Berbeza sangat dengan kawasan bandar. Pernah dulu berangan-angan nanti nak buat rumah kat kawasan kampung and rumah pon jenis ala2 kampung. Best kot! Dia macam ada satu bau yang nyaman sangat bila masuk kawasan kampung. Lagi2 kalo ada air terjun sekitar tuh. Perghhh, masyokkk weh!!! =D

Nih ada beberapa gambar yang diambil ketika di Perak. Spesifiknya di Sungai Bayor, Selama, Perak. =)

Bergambar bersama Balqis, Makcik, Aisyah dan Pakcik.

Makcik and Pakcik =)
Alhamdulillah, trima kasih Makcik, Pakcik dan sekeluarga semua sudi terima kami sebagai tetamu dan atas segala layanan yang diberi. InsyaALLAH, jika panjang umur dan diizinkan Allah kita berjumpa lagi. Moga sillaturrahim yang terjalin antara 2 buah keluarga ini berkekalan dan diredhai ALLAH hingga ke syurgaNya. Ameeenn =)

Ok, that's all ;)

To be continued......................