Tuesday, December 15, 2015

Tanam Anggur Part 1 : SETIBA DI MALAYSIA

Assalamualaikum... =)

Hai!!! Alhamdullillah kembali lagi kita kat sini. 

Ingat tak post sebelum nih ade bagitau nak crita pasal ape je buat sepanjang kat Malaysia sejak bergelar penganggur kehormat nih?. Hah, so entry kali nih nak crita lah serba sket. So, bole jadi kenangan kat dlm blog nih and nanti bila dah tua bole baca balik and crita kat anak cucu. Hehe.

Tajuk entry kali nih akan ada byk part2 nya. Sebab satu entry untuk satu crita sahaja. Nak katanya, banyaklah kisahnya sepanjang jadi penganggur kehormat walaupon hanya tanam anggur je ye.

Ok, let's begin.

So, benda pertama sekali bila jejakkan kaki kat malaysia of cozlah terus ke dalam pelukan famili. Yelah, selama nih duduk berjauhan beribu-ribu batu, sape yang tak rindu kan? Tapi waktu sampai jer KLIA jumpa famili takdelah rasa sedih2 sangat sebab yelah parents baru je datang minggu lepas kat Egypt. So, segala kerinduan, tangisan dan linangan air mata telah habis dilepaskan kt Cairo Aiport waktu jemput famili datang kat sana.

Tapi apepon, rasa sangat terharu dengan ape yang famili buat. Meh tengok gambar kat bawah nih. 

disambut di KLIA (kakchik takde, dia kat IPG Perlis)\
Subhanallah, mereka buat sume benda nih senyap2 nak buat surprise kat kita. Terharu sangat! ;)

Dan yang paling terharu lagi, esok harinya famili dah plan sume dah nak buat kenduri kesyukuran sempena aku dah tamatkan pengajian sebagai doktor gigi. So, sangat terharu sebab walaupon itu kenduri untuk kita tapi kita tak buat ape2pon sebab sume dah siap arrange. Tinggal tunggu untuk sambut dan layan tetamu je esok. 

So, kami sekeluarga tiba kat rumah malam tuh dari KLIA lebih kurang pkul 11 malam. So, bayangkan esoknya terus kenduri. Malam tuh paksa jugak diri tido walaupon tengah jetlag lagi sebenarnya. Pagi2 esoknya tuh dah terus sume kena bangun sebab kenduri start dalam tengah hari macam tuh and sebelum tuh ada buat doa selamat sket. Pagi2 tuh dah siap2 get ready sume makanan, arrange pinggan mangkuk kerusi meja sume. Tapi alhamdulillah, makanan sume jiran sebelah rumah sudi masakkan. So, takdelah kiteorang pening2 kepala nak pikir pasal makanan sebab jiran sebelah sudi tok sediakan. Yelah, mana nak menang tangan nak masak sume sendiri, balik dari KLIA semalam pon sampai 11 malam kat rumah. Terima kasih Pakcik Ali dan Cik Ila sudi sediakan makanan sume =)

Meh tengok gambar2 nih plak.......


With my Poksu dan anak2nya (Harith, Hasif, Zhafran)

With my sepupu, Irfan 

Nih dengan junior dentist kat Tanta, Fatihah Izzah

Nih plak Kak Fatimah. (bakal kakak ipar saya insyaALLAH)

So, nih antara gambar2 yang sempat di snap waktu kenduri kesyukuran saya tuh. Tak banyak pon dapat tangkap gambar sebab sibuk ke sana ke sini melayan tetamu. Mata pon nampak sembap je sebab seriusly tengah tahan ngantuk sebenarnya sebab tengah jetlag lagi, Mana taknya, tak sampai 24 jam lagi aku jejakkan kaki kat Malaysia. Sempatlah jugak dalam beberapa minit sebelum Asar lari kejap masuk bilik tido jap. Sebab dah sampai tahap tersengguk-sengguk dah. Haha. Tapi dapat tido kejap je pon, lepas tuh sambung balik sambut and layan tetamu.

Subhanallah, tak henti2 tetamu sume datang yang terdiri dari sanak saudara dan jiran tetangga. Bajet dalam 80 orang je datang tapi tetamu lebih dan alhamdulillah sume makanan cukup. Syukur sangat padaMU Ya ALLAH =)

So, beginilah yang terjadi setiba sahaja aku kat Malaysia. Mengeratkan sillaturrahim antara keluarga, sanak saudara dan jiran tetangga. Walaupon masih penat baru sampai dengan jetlag lagi tapi rasa tuh semua hilang bila dapat berkumpul semua famili. Seronok sangat! =) Alhamdulillah.

Oklah, ini sahaja cerita untuk kali nih. ;)

To be continued......................