Bismillah...
Assalamualaikum =)
Hai, saya kembali lagi!!! So, cerita pasal update terbaru?
Alhamdulillah, secara rasminya dah tamat belajar. Bachelor of Dental Medicine & Surgery atau dalam bahasa mudahnya Ijazah Doktor Pergigian. Yup, tamat sudah 5 tahun di Universiti Tanta, Mesir. Macam tak percaya kan?. Rasa macam baru je semalam fly nak mula belajar ke Mesir. Tup2, dah habis dah.
So, sekarang sudah menjadi penduduk tetap di negara sendiri. Dah tak ulang alik dah ke Mesir. InsyaALLAH, satu hari nanti mungkin akan ke sana semula jika diizinkan ALLAH.
Em, balik Malaysia harituh pada 7 OGOS 2015. Kira dalam 2 bulan lebih yang lalu. Dah lama dah rupanya dan aku masih tak buat apa2 lagi. I mean belum mula berkhidmat lagi.
Nak berkhidmat macam mana lah kan? Borang SPA & MDC pon tak fully register lagi. Ada masalah sket sebenarnya. Transkrip result masih belum disiapkan pihak universiti lagi. So, sume benda masih tertangguh. X pelah, mungkin ada hikmahnya. Allah sedang menguji kesabaran dan waktu lapang kami. Kene rancang betol2 ape nak buat sepanjang menunggu mula nak berkhidmat sebagai FYDO nih (first year dental officer).
Pernah dengar kan ''Pemuda + Masa Lapang = Permulaan Maksiat''??? Nauzubillahiminzalik. InsyaALLAH, nanti kita share plak eh ape jer kita buat sepanjang dah mula penjadi penganggur nih. Yup, officially sekarang memang tanam anggur jer kejenya. Haha
|
Ladang bunga matahari di Fayoum
|
|
Istana Qarun di Fayoum |
Habis daaa. Best tengok gambar? Alhamdulillah.
Actually, banyak lagi tempat yang dilawat tapi tak larat nak upload semua. Especially masjid-masjid yang ada kat Mesir nih. Kami pegi tengah kemuncak waktu panas. Memang panas giler. Itu baru panas dunia kan? Panas kat padang Mahsyar nanti macam mana lah ye dengan matahari hanya sejengkal di atas kepala? Itu tak kira lagi panas api neraka yang berpuluh kali ganda panasnya dari panas dunia. Allahuakbar!
Seriusly, dalam banyak2 tempat pegi jalan, masuk masjid jugak yang rasa nyaman. Rasa sejuk jer. Kebanyakan masjid2 yang kami pegi memang kami akan singgah terus solat disitu. Kebanyakan masjid2 yang kami ziarah terletak di Cairo. Kat Cairo je amik masa 3 hari tok jalan2. Itupon tak semua tempat pon pegi.
Cairo, Fayoum, Matrouh, Alexandria dan Tanta. Ini nama2 tempat yang kiteorg lawat sepanjang family aku datang Mesir. Alhamdulillah.
Mesir nih sangat besar. Lagi besar dari negara Malaysia. Dan kebanyakan tempat2 menarik untuk dilawat terletak jauh antara satu dengan yang lain. So, 2 minggu kat Mesir memang rasa tak cukup nak lawat semua tempat. Ikutkan hati banyak lagi tempat nak bawak famili tp masa sangat mencemburui dengan persiapan untuk hari konvo lagi.
Moga2 ada rezeki kami lagi untuk datang sini suatu hari nanti. InsyaALLAH.
Ok, till then ;)