Tuesday, January 24, 2012

AKU SEMAKIN MENJAUHI-MU~~~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~~~

Alhamdulillah...
segala puji hanya untuk ALLAH...
sedar x sedar...
akhirnya exam mid-term melabuhkan tirainya...
owh, sesungguhnya bukanlah seronok mana...
sebb exam final masih lagi menanti...
seolah-olah sedang melambai...
mengatakan yang kita semakin menghampirinya...
eh, bukan exam final sahaja...
sedangkan sepanjang ari, kita sedang mengalami persiapan...
untuk exam yg hakiki kelak...
ketika berhadapan dgn Pencipta Yang Agung...


oleh itu kawan2ku sayang, lebih2 lagi diriku ini...
jangan kita leka walau setiap saat dengan keseronokan dunia yg hny sementara...
sedangkan kita punya tanggungjwb yg cukup besar lg...
yg mana tanggungjawab itu sentiasa beralas dibahu kita sepanjang masa...
dan akan dipersoalkan ALLAH sewaktu exam yg hakiki di akhirat kelak...


ye, mcm2 dirancang selepas abis exam...
nak tengok movie tu, nak gi jalan2 shopping, nak gi sana, nak gi sini...
bukanlah niat di hati tok menghalang...
sama sekali tidak...
tp apekah salahnya kita cuba fikir sejenak...
mase exam aritu, byk baca quran x mcm kita wat sebelum2 nih?
mase exam aritu,  byk wat solat sunat x mcm sebelum2 nih?
mase exam aritu, byk kali x berhubung dngn famili mcm kita wat sebelum2 nih?
mase exam aritu, masih rapatkah lagi hubungan kita dngn ahli2 bait terutamanya, mcm sebelum2 nih?
atau msing2 duduk dalam bilik, kunci pintu dan letakkan papan tanda "DON'T DISTURB"?
ye, mungkin sibok sungguh study...
hingga menyebabkan kadang2 diri terpikir...


"drpd baca quran, solat sunat dan study, lebih baik study...
sebb tok mse skrang study lebih penting sebb exam dah nak dekat...
baca quran, solat sunat tu sunat je...study lebih wajib sebb nak menuntut ilmu''


terang tang2...
dah nak exam baru nak ckp menuntut ilmu tu penting...
sedangkan sebelum2 exam, ape yg dibuat?
adekah study itu hny perlu ketika exam hampir tiba sahaja?
adekah menuntut ilmu itu dikatakan wajib hanya ketika exam dah nak dekat sahaja?
dan adekah dengan itu kita sewenang2nya teros meniggalkan amalan2 sunat yg selalu dibuat sebelum nih? 
dengan alasan seperti yg disebutkan di ats?
tepuk dada tny iman...


itulah hikmahnya dalam ISLAM amat mekankan istiqamah...
biarlah ape pon yang dibuat...
sikit ataupon byk...
tp biarlah istiqamah...
jika sebelum exam, mmg sudah amalkan baca quran pd waktu sekian-sekian...
jika sebelum exam, memg sudah amalkan solat sunat pd waktu sekian-sekian...
oleh itu, sewaktu exam tiba sekali pon, amalkanlah ape yang dah selalu diamalkan...
biarlah sedikit tp istiqamah dan berkekalan...
bukan dengn alasan meninggalkannya teros sebb nak study, exam dah nak dekat...


ASTAGHFIRULLAHALAZIM...
beristighfar diri ini...
mengenangkan sewaktu fatrah exam...
rupanya aku semakin menjauhi KAU Ya ALLAH...
sedangkan sepatotnya KAU yang perlu aku dekati sentiasa...
segala yg ditulis di atas tidak lain x bukan...
terutamanya untuk diri sy sendri...


so, kawan2..
sy nak ajak...
dalam kita merancang waktu cuti nih, untuk pergi jalan2, tengok movie sume tu...
ape kate kita merancang jgak tok tingkatkan amalan...
yg byk kita tinggalkan mase musim exam aritu...
jdkan ia matlamat utama yg perlu kita capai...
bukanlah menghalang teros nak pi jalan2, tengok movie...
teroskan je dengan ape yg dirancang...
niatkan dalam hati segala yang dilakukan semata2 kerana ALLAH...
cuma dalam mase yg sma kita wat rancangan yg sy ckpkan td tu...
setidak-tidaknya kita sume x terleka dengan seronoknya cuti yg hny sementara...
sedangkan tahukah kita ajal maut itu bole dtg bila2?


kita sering mengatakan aku sudah wat yg terbaik mase exam aritu...
sekarang hanya perlu berdoa n bertawakal pd ALLAH...
Alhamdulillah, kita sudah cuba yg terbaik...
tp adekah kita yakin persiapan kita di dunia untk hari kita mati kelak sudah yang terbaik?...
tahukah kita yg itu lebih patot kita utamakan kerana maut itu bole menjemput bila2 sahaja?...
ramai orang selalu mengatakan...
sesiapa yg mati ketika sedang menuntut ilmu, digelar mati syahid...
tp cuba pikir sejenak...
andai sewaktu kita sedang sibok study sebb exam nak dekat tuh...
dan ditakdirkan kita mati pd waktu itu?...
adekah pantas tok kita digelar mendpt mati syahid?...
ye, mungkin di pndgn org lain menyatakan kita mati syahid...
sebb mati sewaktu sedang belaja...
tp tahukah mereka bahawa kita belaja itu tidak lain tidak bukan tok exam semata2?...
tahukah mereka bahawa kita belaja itu bersungguh2 hanya ketika itu sahaja?
tahukah mereka kita belaja ketika itu terlalu khusyuk sehingga x amalkan quran, x amalkan solat sunat...
seperti selalu kita wat sebelum nih?
tahukah mereka walaupon kita sedang belaja sungguh2 ketika itu, tp sebenarnya kita semakin menjauhi ALLAH?
pantaskah kita digelar seorang syahid?

 Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah al-Munafiqun: 11)

dengan itulah...
sy tekankan sekali lg...
hikmahnya Islam amat menekankan istiqamah...
andai kita terlalu sibok dngn urusan dunia sekalipon...
tp hubungan dengn ALLAH kita istiqamah...
kita akan sentiasa merasakan ALLAH sentiasa dekat dengan kita...
walaupon sewaktu itu kita sibok menguruskan hal2 dunia...
ALLAHUAKBAR!!!
semoga menjadi pengajaran untuk sy mengahadapi hari2 selepas ini...
smoga diri ini kuat!

 Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari darinya. (Surah Qaf: 19)

" Manusia ini tidur semasa hidup dan mereka hanya akan sedar selepas mereka mati" - Ali bin Abi Talib

Mujahadatunnafs...Istiqamah!

Monday, January 9, 2012

DEDIKASI DARI HATI~~~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~~~

Assalamualaikum =)...
wahhhh, sudah tersangat lama rasenya x update...
nak ckp sibok mcm x layak je...
sebb ramai lagi org2 lain yg sibok...
kesimpulannya x lain x bukan, mmg malas lah kan...ish2
sila perbaiki sikap ini ye ainin

InsyaALLAH..
14 JANUARI 2012 ---> 24 JANUARI 2012
akn berlangsungnya MID-TERM EXAM...
tok sume warga ASNAN GAMIL...
FISRT-YEAR DENTAL STUDENTS...
mohon doa daripada sume...
agar ALLAH permudhkan sgalanya...
=)

------------------------------------------------------------------------------

14 JANUARI = PATHOLOGY
 
16 JANUARI = ORAL HISTOLOGY

17 JANUARI = BIOCHEMISTRY

18 JANUARI = DENTAL MATERIALS

21 JANUARI = PHYSIOLOGY

23 JANUARI = ANATOMY

24 JANUARI = MICROBIOLOGY

25 JANUARI - 10 FEBRUARI = WINTER BREAK

rase mcm seronok je kan bila fikir nak cuti...
yup, mcm2 dirancang pada asalnya mase winter break...
tp btollah...

''kita merancang, ALLAH juga merancang, perancangan ALLAH lebih baik, dan DIAlah sebaik2 perancang''...

selalu aku ingtkan benda nih pd org2 lain..
namun, bila terjadi pd diri sendri...
ALLAH!!!!!!!!!!
hanya ALLAH yg taw...
betapa beratnya hati terasa untuk menerima...
kerana diri ini terlalu berharap...
dan x pernah memikirkan kemungkinan seperti itu akn terjadi...

waktu itu...
ketika aku n housemates...
sedang enak menikmati makan malam...
bersama beberapa kakak senior yg dijemput dtg ke rumah....
untk makan bersama...
tiba-tiba...
salah seorang senior yg bertanggungjawab dalam urusan itu...
kebetulan berada bersama kami makan bersama...
langsung menyampaikan berita yg x diduga itu...
ALLAH!!!!!!
x dpt digambarkan perasaan...
hanya mampu bertahan...
kerana memikirkan mereka tetamu...
dan x manis jika aku teros menangis waktu itu...
walaupon sebenarnya...
dalam hati ini...
sudah menangis semahu2nya...

usai mereka pulang...
mmg x dpt ditahan lagi...
teresak2 aku menangis...
dan x berhenti drpd asar hingga maghrib...
disambung pula apabila kebetulan ibu baba call kat skype waktu sama...
*seolah2 mengetahui puteri sulongnya tengah sedih... 
sehingga akhirnya...
aku tdo dalam keadaan mata yg bengkak & kepala yg sakit...
sebb menangis yang terlalu kuat...

mcm2 perasaan yg dtg waktu itu...
dan aku taw...
sume yg dtg drpd bisikan syaitan n jin...
agar aku teros menyalahkan takdir...
ALLAH, sungguh lemahnya aku...

walaupon sudah lama ia berlalu...
namun, hari yang aku lalui saban hari semakin menghampirinya..
hingga menyebabkan aku sentiasa teringt...
dan pasti x kan lupa sampai bila2...

Alhamdullilah...
sedikit demi sedikit aku berusaha menerima..
walaupon pd awalnya mmg mahu menganggap sumenya hanya mimpi je..
tp berkat ALLAH hadirkan sahabat2 yg byk bg semngt...
aku bersyukur...
dan kini aku yakin...
ALLAH lebih mengetahui ape yg terbaik buatku...

bila difikir balik...
apelah sngt ujian yg aku terima...
berbanding dngn orang2 lain...
seorg sahabat sy yg tersayang...
kini sedang berada di malaysia...
untuk menjalani beberapa rawatan susulan...
ats sebab2 tertentu...
dan kerana itu,
sudah beberapa kali beliau x dpt dtg kuliah,
sudah sebulan lebih x dpt study...
beliau x dpt mengambil mid-sem exam bersama dngn kami yang lain...
mohon juga doa drpd sume...
untuk sahabat sy nih...
agar ALLAH kurniakan yg terbaik untuknya..

untuk sahabat sy itu...
yg brada di malaysia skrnag nih...
kami sume rindu...
moga ALLAH sentiase lindungi kamu...
dan moga kamu x kan pernah putus smngt...
bile teringtkan kamu dan ujian yg kamu terima...
sy berasa sngt malu dngn ALLAH...
sebb...
dengn ujian yg x seberapa ALLAH bg pd sy pon, sy x kuat...
sy x taw ape akn jd pd klo sy berada di tmpat kamu...
sungguh, kamu sngt tabah n sabar...
moga ALLAH membalas ketabahan n kesabaranmu dngn sesuatu yg lebih baik...
ameeennnn~~~

ingat dan teros ingat...
sentiasa bersangka baik dngn ALLAH...
kerana ALLAH lebih megetahui ape yg terbaik tok hamba2nya...
Rasulullah s.a.w bersabda :
"Allah tidak akan memutuskan sesuatu bagi hambaNya kecuali itu lebih baik baginya.Jika ia ditimpakan kebaikan ia bersyukur dan itu lebih baik baginya.Dan jika ia ditimpa musibah ia bersabar,dan itu lebih baik baginya.Perangai itu tidak akan dimiliki melainkan oleh seorang mukmin.

(hadist riwayat Imam Muslim)
aku rindu ~~~~~~~~