Wednesday, August 17, 2011

MENUJU MUMTAZ DUNIA DAN AKHIRAT~~~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~~~

Sudah lama rasenya...
x update blog...
sejak pulang ke MALAYSIA haritu...
alasannya kerana...
menanti result yg x kunjung tiba...
dan...
Alhamdulillah...
penantian kini berakhir...
akhirnya...
result kuar jgak pd 16 OGOS 2011...
trima kasih yg x terhingga pd rakan2...
yg masih berada di sana...
yg byk bertungkus-lumus pasal result nih...
moga ALLAH berkti usaha kwn2...
=)

result saya???????
ALHAMDULILLAH...
ALHAMDULILLAH...
ALHAMDULILLAH...
JAYYID JIDDAN = VERY GOOD...
xde rzeki untk mendpt mumtaz taun nih...
mungkin ini yg terbaik yg ALLAH kurniakan...
papepon...
kita sebagai hambaNYA perlu sentise bersyukur...
mungkin ad 1000 hikmah yg tersembunyi disebaliknya...
ape yg penting...
sentiase bersangka baik dengan ALLAH...
insyaALLAH...
taun depan kene upgrade sket usaha n tawakal pd ALLAH...
moga kejayaan yg menanti pada taun2 akn dtg...
untk sume rakan2 ASNAN GAMIL TANTAWIY...
ameeeennn...

Alhamdulillah...
9 org rakan2 dentist yg mendpt mumtaz...
AZYAN, HAFIZAH, AINA, DALILAH, NADIA, METOT, HANIS dan HASANAH....
dan kesemuanya prempuan...
sy bangga ngn kawan2...
moga taun2 akn datang...
ramai lagi rakan2 dentist yg akn ikut jejak langkah kalian...
INSYA-ALLAH...

emmm...
beberapa hari sebelum result kuar...
terjadi satu peristiwa...
pd 11 OGOS 2011...
pemergian seorg mutiara agama...
arwah MOHAMAD AFEZ BIN HASAN...
rakan sesama usrah...
walaupon sy masih org baru dlm usrah nih..
walaupon x brapa rapat...
walaupon saya jarang2 mengikuti program...
tp sy cukup kenal arwah melalui rakan2...
sungguh kagum dengan arwah...
dri segi peribadinya n usaha2nya dlm meneruskan dakwah...
kami pernah menyertai satu kem bersama...
dari situ sudah cukup menunjukkan bagaimana peribadi arwah...
ini salah satu artikel mengenai arwah...

REMAJA KE SURAU MAUT
JASIN: Impian seorang remaja menyambung pengajian ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bermula bulan depan musnah apabila dia terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 22.8 Jalan Melaka-Muar di Kampung Sempang, Merlimau, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi, Mohamad Afez Hassan, 19, maut di tempat kejadian selepas motosikal Suzuki Shogun RR ditunggangnya bertembung sebuah van menyebabkan mangsa terjatuh dan parah di kepala.
Harian Metro difahamkan ketika kejadian mangsa dalam perjalanan ke surau berhampiran rumahnya untuk menunaikan solat Subuh.

Bapa mangsa, Hassan Mohd, 50, berkata, anaknya baru menamatkan pengajian di Kolej Matrikulasi Tangkak, Johor sejak beberapa bulan lalu dan mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian ke UMT selepas hari raya Aidilfitri ini.

Katanya, anak keduanya itu yang juga pasangan kembar kepada kakaknya Norhafiza, 19, sudah membuat persiapan menyambung pengajiannya dengan menyimpan semua pakaian dan keperluan sejak seminggu lalu. “Bagaimanapun, takdir menentukan dia pergi buat selama-lamanya hari ini (semalam). Saya pun tak sangka perjalanan arwah ke surau untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah menjadi noktah terakhir dalam hidupnya.

“Patutlah arwah memberitahu emaknya dia beria-ia hendak berhenti kerja (sebagai pembantu kedai serbaneka 24 jam di Semabok) semalam (kelmarin). Kami tak tahu ia menjadi petanda arwah akan pergi selamanya,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Jasin, di sini, semalam.

Hassan berkata, sejak pulang ke kampung sementara menunggu kemasukan ke UMT, Allahyarham sering ke surau menunaikan solat Subuh. “Saya bergegas ke lokasi kejadian dan sempat menemuinya, namun mendapati arwah sudah meninggal,” kata bapa kepada tiga anak itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, siasatan mendapati selepas keluar dari persimpangan Jalan Pasir Gembur 1, mangsa terus membelok ke kanan menuju ke arah Merlimau melalui laluan bertentangan di bahu jalan.

Katanya, mangsa dipercayai cuba melintas laluan bertentangan itu sebelum dirempuh sebuah van dari arah Melaka. “Kenderaan mangsa dipercayai diseret sejauh kira-kira 11 meter dan maut di tempat kejadian akibat parah di kepala. “Mayat Mohamad Afez dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41, Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber : Harian Metro

SUBHANALLAH!!!...
kagumnya dengan cara kematian arwah...
arwah pergi dalam keadaan teramat mulia...
sewaktu dlm perjalanan...
ingin menunaikan solat subuh berjemaah di surau...
adakah lagi remaja2 di luar sana seperti arwah???
sungguh mengagumkan...
hanya segelintir org sahaja...
yang sanggup menyahut seruan ILLAHI secara berjemaah di surau...
tatkala orang2 lain sedang lena dibuai mimpi selepas sahaja perut kenyang bersahur...
bagaimanakah kita pula nanti???...
tepuk dada tanya iman...
marilah same2 kita mencorakkan kematian kita...
dengan sentiasa melakukan suruhanNYA n menjauhi laranganNYA...
dengan menghargai waktu sihat dan waktu lapang...
kerana dua waktu nilah yg manusia sering lalai...
moga kita sume mendpt HUSNUL KHATIMAH...
ingatlah...
org yg paling bijak adelah org yg paling banyak mengingati MATI...

kawan2 bole tengok link2 blog kt bawah nih yg menceritakan mengenai arwah...
perginya mutiara agama - innalillah
perginya sahabat yang sentiasa berjihad
perginya sebagai peringatan buat semua
 moga permergian arwah menjd peringatan untk kita sume...
ajal maut x pernah mengenal usia...

 SALAM RAMADHAN!!!
sme2lah kita berusaha menjadikan ramadhan ini ramadhan yg terbaik...
kerana mungkin kita x berpeluang lagi untk ramadhan akan dtg...
sme2 usaha yg terbaik untk menemui lailatul qadar...
ameeennn..

RAMADHAN KAREEM!!!!
ALLAHU AKRAM!!!