Sunday, April 24, 2011

RINDU MEREKA~~~

DOA BUAT ANAKANDAKU DAN KAKAK KESAYANGAN DAN 
KEBANGGAAN KAMI
AININ SOFIYA BINTI HJ BAHARUDIN (KAK NIN) YANG DIKASIHI 
SEMPENA KEBERANGKATAN KAK NIN KE MESIR ( 18/9/2010 )

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~~~

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM,
YA ALLAH sempena hari bermakna ini, kurniakanlah KAK NIN umur yang panjang, kesihatan yang  terbaik, amalan yang diterima, kekuatan dalam menegakkan yang hak dan menentang kebatilan, sekira rezekinya berada di langit maka turunkanlah, sekiranya di perut bumi keluarkanlah, sekiranya berada di dasar lautan timbulkanlah, jika sedikit maka perbanyakkanlah, seandainya telah banyak maka permudahkanlah dan berikanlah keberkatan di dalam rezeki tersebut. Ku memohon rahmat dan keberkatan dariMU supaya apalah kiranya KAU perkenankan permohonan hambamu ini. KAU ampunkanlah dosa KAK NIN, dosa kami sekeluarga, dosa guru-gurunya, dosa rakan-rakannya serta umat Islam keseluruhannya.

YA ALLAH YA TUHANKU,
Kami memohon semoga KAK NIN merupakan puteri Islam yang sempurna keimanannya, yang tinggi akhlaknya, yang sentiasa mematuhi ajaranMU serta sentiasa menjauhi laranganMU, sesungguhnya hambaMU pohon kurniakanlah KAK NIN iman yang sempurna, keyakinan yang sebenar-benarnya, rezeki yang luas, hati yang khusyuk serta lidah yang sentiasa menyebut-nyebut namaMU YA ALLAH.

YA RAHMAN YA RAHIM,
Apalah kiranya KAU tingkatkan keimanan KAK NIN dan masukkanlah KAK NIN di kalangan orang-orang yang mendapat rahmat dan hidayah daripadaMU YA ALLAH. Bahagiakanlah kehidupannya dunia dan akhirat.


ALLAHUMMA,
Kau permudahkanlah segala urusan KAK NIN semasa berada di MESIR serta jadikanlah pengajian doktor pergigian yang ditempuhi ini dipenuhi keberkatan serta dirahmati dan sentiasa berada di bawah naungan arasyMU. Berjayakanlah KAK NIN dengan pencapaian gemilang untuk semua mata pelajaran yang diambil. KAU anugerahkanlah kepada KAK NIIN keyakinan terbaik serta mendapat pencapaian MUMTAZ dalam pengajiannya.


YA ALLAH, janganlah ENGKAU siksanya kerana lupa atau bersalah. YA TUHAN, janganlah ENGKAU bebankan kepadanya beban yang berat sebagaimana telah ENGKAU bebankan kepada orang-orang sebelum kami. YA TUHAN, janganlah ENGKAU pikulkan kepadanya apa yang apa yang tidak sanggup dirinya memikulnya. Beri maaflah dirinya, ampunilah dirinya dan rahmatilah dirinya. ENGKAU lah penolong kami, maka tolonglah dirinya dalam mencapai kecemerlangan dalam pengajiannya ini YA ALLAH, perkenanlah permohonan kami ini YA ALLAH.


YA ALLAH, 
Sesungguhnya kami telah mengampunkan segala dosa-dosanya kepada kami sama ada dari sekecil-kecil hinggalah yang sebesar-besarnya. Kami juga memohon dosa-dosa kami ke atasnya diampunkan juga YA ALLAH. Bahagiakanlah dirinya dalam menjalani kehidupan yang mendatang dengan penuh kerahmatan dan keberkatan dariMU YA ALLAH. Jadikan KAK NIN insan yang gemilang serta terus berbakti kepada agama, bangsa negara dan keluarga ini YA ALLAH.


Sempena peristiwa bermakna KAK NIN ini, apalah kiranya KAU perkenankan permohonan hambaMU ini YA ALLAH.


Salam sayang dan peluk cium daripada kami semua,




BABA, IBU, ANGAH, CAPIK, KAK CHIK, HABIB    




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SAYA SAYANG + RINDU SANGAT PADA MEREKA!!!











"YA ALLAH, berilah kami kebaikan hidup didunia dan kebaikan hidup di akhirat...Jauhkanlah kami dari azab api neraka...Eratkanlah hubungan kekeluargaan  dan satukan kasih dan cinta kami keranaMU YA ALLAH hinggalah ke SYURGA-MU..."

Ameeeennnnn~~~
^_^

4 comments:

  1. metot : huhu...maaf, sy x de niat nak wat org tacing...hanya luahan hati saja...=)

    ReplyDelete
  2. huhu...can i leave my tears here??
    make me sick of home!!
    huhu...btw..juz nice...:)

    ReplyDelete