Sunday, January 17, 2016

Tanam Anggur Part 2 : JALAN-JALAN PERLIS DAN PERAK

Assalamualaikum =)

Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur untuk terus menulis coretan di blog nih...

Sebelum nih dalam Part 1 ade crita tentang detik2 yg berlaku setiba sahaja menjejakkan kaki ke Malaysia setelah sekian lama. Nih link dia kat bawah ni.

Tanam Anggur Part 1 : SETIBA DI MALAYSIA

So, entry kali nih nak crita plak satu crita nih. Cerita ape tuh? Oh, sesungguhnya seorang ainin adalah seorang yg suka bercerita. Sesiapa yang pernah tinggal dengan saya ataupon kenal rapat dengan saya pasti taw saya nih jenis macam mana orangnya. Bila dah start cerita tuh, bukan main semangat lagi dia nak explain satu2. Haha. Xpelah, maybe itu satu yang unik dalam diri saya. Unik ke? =P
Sesiapa yang bakal tinggal dengan saya lepas nih, bersedialah telinga anda untuk mendengar cerita2 dan bebelan saya. InsyaALLAH, walaupon rasa perit di telinga nak kena dengar tapi suara ini lah yang bakal dirindui nanti =)
Mereka yang baru mengenali saya mungkin akn cakap sy nih agak pemalu lah pendiam lah. Hakikatnya bila dah kenal lama, mulalah keluar bising dia tuh. Nih berdasarkan ape kawan2 rapat yg bagitaw tentang diri saya nih lah. Diorang kata senang je nak kenal ainin nih, gi tido sehari kat rumah dia. Nanti kenallah dia camne. Haha

Oklah , jomlah kita mula cerita....

Dalam beberapa minggu selepas pulang ke Malaysia, kalo x silap dalam 2 minggu macam tuh kot, kami satu famili merancang untuk ke Perlis melawat adik yang no.4, Hidayahtul Hasanah yang berada di IPG Perlis waktu tuh. Dalam famili, kami panggilnya KakChik. So, KakChik nih sebenarnya aritu waktu hari pertama pendaftaran masuk ke IPG Perlis, dia daftar kat sana tanpa ibubapa sebab time tuh baba dengan ibu masih lagi Mesir. Pegi Perlis daftar aritupon, dia naik bas je dengan Capik, Habib dan Nenek. Nih pon nasib baik nenek ikut at least adelah juga orang dewasa. Kesian dia. So, kedatangan kiteorang nih nak melawatlah dia plus saya sendiri pon masih belum lagi jumpa dengan dia sejak balik Malaysia.

Dah alang2 sampai Perlis, berjalan-jalan lah kiteorang sekitar Perlis tuh. Bukan senang nak datang sini kan. Jauh nun kat utara sana. So, kat sana kiteorang tido di homestay berdekatan dengan IPG Perlis.
Perlis nih pon kecik je, x besar pon. Tempat yang sempat kiteorang pegi ialah Gua Kelam dan Pasar Besar. Xde gambar kat Pasar Besar. Sibok sangat shopping. Haha. Nih adalah beberapa gambar kat sana kat bawah nih.....

3 adik beradik perempuan kat depan homestay Yang belah kiri sekali je still available. 2 lagi tunang orang.

Demi Kakchik sanggup bawak banner sampai ke Perlis. Seronok tengok sawah padi terbentang luas. Hijau je.


Kat Gua Kelam. KakChik amik gambar.

Senyummmmm =)

Kami 5 adik beradik. Percayalah, saya yang sulung. Haha


Dalam on the way nak balik ke Melaka, kami singgah ke Perak untuk menziarahi famili Pakcik dan Makcik kebetulan dah memang lalu kat situ plus ada beberapa barang kiriman yang dikirim untuk diberi pada Makcik and Pakcik. Alhamdulillah, seronok gi ziarah2 nih. Dapat lagi kenal rapat dan erat sillaturrahim. Lagi2 mereka sekeluarga tinggal di kawasan kampung. Seronoknya masuk kawasan kampung!!! Aman je rasa, damai je suasana. Berbeza sangat dengan kawasan bandar. Pernah dulu berangan-angan nanti nak buat rumah kat kawasan kampung and rumah pon jenis ala2 kampung. Best kot! Dia macam ada satu bau yang nyaman sangat bila masuk kawasan kampung. Lagi2 kalo ada air terjun sekitar tuh. Perghhh, masyokkk weh!!! =D

Nih ada beberapa gambar yang diambil ketika di Perak. Spesifiknya di Sungai Bayor, Selama, Perak. =)

Bergambar bersama Balqis, Makcik, Aisyah dan Pakcik.

Makcik and Pakcik =)
Alhamdulillah, trima kasih Makcik, Pakcik dan sekeluarga semua sudi terima kami sebagai tetamu dan atas segala layanan yang diberi. InsyaALLAH, jika panjang umur dan diizinkan Allah kita berjumpa lagi. Moga sillaturrahim yang terjalin antara 2 buah keluarga ini berkekalan dan diredhai ALLAH hingga ke syurgaNya. Ameeenn =)

Ok, that's all ;)

To be continued......................

Tuesday, December 15, 2015

Tanam Anggur Part 1 : SETIBA DI MALAYSIA

Assalamualaikum... =)

Hai!!! Alhamdullillah kembali lagi kita kat sini. 

Ingat tak post sebelum nih ade bagitau nak crita pasal ape je buat sepanjang kat Malaysia sejak bergelar penganggur kehormat nih?. Hah, so entry kali nih nak crita lah serba sket. So, bole jadi kenangan kat dlm blog nih and nanti bila dah tua bole baca balik and crita kat anak cucu. Hehe.

Tajuk entry kali nih akan ada byk part2 nya. Sebab satu entry untuk satu crita sahaja. Nak katanya, banyaklah kisahnya sepanjang jadi penganggur kehormat walaupon hanya tanam anggur je ye.

Ok, let's begin.

So, benda pertama sekali bila jejakkan kaki kat malaysia of cozlah terus ke dalam pelukan famili. Yelah, selama nih duduk berjauhan beribu-ribu batu, sape yang tak rindu kan? Tapi waktu sampai jer KLIA jumpa famili takdelah rasa sedih2 sangat sebab yelah parents baru je datang minggu lepas kat Egypt. So, segala kerinduan, tangisan dan linangan air mata telah habis dilepaskan kt Cairo Aiport waktu jemput famili datang kat sana.

Tapi apepon, rasa sangat terharu dengan ape yang famili buat. Meh tengok gambar kat bawah nih. 

disambut di KLIA (kakchik takde, dia kat IPG Perlis)\
Subhanallah, mereka buat sume benda nih senyap2 nak buat surprise kat kita. Terharu sangat! ;)

Dan yang paling terharu lagi, esok harinya famili dah plan sume dah nak buat kenduri kesyukuran sempena aku dah tamatkan pengajian sebagai doktor gigi. So, sangat terharu sebab walaupon itu kenduri untuk kita tapi kita tak buat ape2pon sebab sume dah siap arrange. Tinggal tunggu untuk sambut dan layan tetamu je esok. 

So, kami sekeluarga tiba kat rumah malam tuh dari KLIA lebih kurang pkul 11 malam. So, bayangkan esoknya terus kenduri. Malam tuh paksa jugak diri tido walaupon tengah jetlag lagi sebenarnya. Pagi2 esoknya tuh dah terus sume kena bangun sebab kenduri start dalam tengah hari macam tuh and sebelum tuh ada buat doa selamat sket. Pagi2 tuh dah siap2 get ready sume makanan, arrange pinggan mangkuk kerusi meja sume. Tapi alhamdulillah, makanan sume jiran sebelah rumah sudi masakkan. So, takdelah kiteorang pening2 kepala nak pikir pasal makanan sebab jiran sebelah sudi tok sediakan. Yelah, mana nak menang tangan nak masak sume sendiri, balik dari KLIA semalam pon sampai 11 malam kat rumah. Terima kasih Pakcik Ali dan Cik Ila sudi sediakan makanan sume =)

Meh tengok gambar2 nih plak.......


With my Poksu dan anak2nya (Harith, Hasif, Zhafran)

With my sepupu, Irfan 

Nih dengan junior dentist kat Tanta, Fatihah Izzah

Nih plak Kak Fatimah. (bakal kakak ipar saya insyaALLAH)

So, nih antara gambar2 yang sempat di snap waktu kenduri kesyukuran saya tuh. Tak banyak pon dapat tangkap gambar sebab sibuk ke sana ke sini melayan tetamu. Mata pon nampak sembap je sebab seriusly tengah tahan ngantuk sebenarnya sebab tengah jetlag lagi, Mana taknya, tak sampai 24 jam lagi aku jejakkan kaki kat Malaysia. Sempatlah jugak dalam beberapa minit sebelum Asar lari kejap masuk bilik tido jap. Sebab dah sampai tahap tersengguk-sengguk dah. Haha. Tapi dapat tido kejap je pon, lepas tuh sambung balik sambut and layan tetamu.

Subhanallah, tak henti2 tetamu sume datang yang terdiri dari sanak saudara dan jiran tetangga. Bajet dalam 80 orang je datang tapi tetamu lebih dan alhamdulillah sume makanan cukup. Syukur sangat padaMU Ya ALLAH =)

So, beginilah yang terjadi setiba sahaja aku kat Malaysia. Mengeratkan sillaturrahim antara keluarga, sanak saudara dan jiran tetangga. Walaupon masih penat baru sampai dengan jetlag lagi tapi rasa tuh semua hilang bila dapat berkumpul semua famili. Seronok sangat! =) Alhamdulillah.

Oklah, ini sahaja cerita untuk kali nih. ;)

To be continued......................

Friday, October 23, 2015

HARI JUBAH & JALAN-JALAN MESIR

Bismillah...

Assalamualaikum =)

Hai, saya kembali lagi!!! So, cerita pasal update terbaru?

Alhamdulillah, secara rasminya dah tamat belajar. Bachelor of Dental Medicine & Surgery atau dalam bahasa mudahnya Ijazah Doktor Pergigian. Yup, tamat sudah 5 tahun di Universiti Tanta, Mesir. Macam tak percaya kan?. Rasa macam baru je semalam fly nak mula belajar ke Mesir. Tup2, dah habis dah. 

So, sekarang sudah menjadi penduduk tetap di negara sendiri. Dah tak ulang alik dah ke Mesir. InsyaALLAH, satu hari nanti mungkin akan ke sana semula jika diizinkan ALLAH.

Em, balik Malaysia harituh pada 7 OGOS 2015. Kira dalam 2 bulan lebih yang lalu. Dah lama dah rupanya dan aku masih tak buat apa2 lagi. I mean belum mula berkhidmat lagi.

Nak berkhidmat macam mana lah kan? Borang SPA & MDC pon tak fully register lagi. Ada masalah sket sebenarnya. Transkrip result masih belum disiapkan pihak universiti lagi. So, sume benda masih tertangguh. X pelah, mungkin ada hikmahnya. Allah sedang menguji kesabaran dan waktu lapang kami. Kene rancang betol2 ape nak buat sepanjang menunggu mula nak berkhidmat sebagai FYDO nih  (first year dental officer). 

Pernah dengar kan ''Pemuda + Masa Lapang = Permulaan Maksiat''??? Nauzubillahiminzalik. InsyaALLAH, nanti kita share plak eh ape jer kita buat sepanjang dah mula penjadi penganggur nih. Yup, officially sekarang memang tanam anggur jer kejenya. Haha

Cerita pasal graduasi. Aku graduate pada 28 JULAI 2015. Seronok sangat, sebab Baba, Ibu and my adik no.2, Dak Yah dapat join sama my convocation. Tak rancang pon sebenarnya. Mereka dah beli tiket ke Mesir awal lagi dalam bulan April. Sedangkan waktu tuh, takde lagi pon tarikh konvo bila. Family datang pon just nak jalan2 Mesir je kebetulan aku dah ada kat situ kan? Tapi takdir ALLAH, siapa sangka tarikh yang mereka pilih kena plak rupanya dengan tarikh konvo aku. So, dapatlah mereka join walaupon hakikatnya flight balik Malaysia malam tuh jugak hari yang sama. Alhamdulillah, everything going smoothly.

Oklah, banyak cerita plak. Kita tengok gambar plak eh.


saya di Hari Jubah!


bawak baba ibu tengok2 klinik di fakulti pergigian


merasa hari raya anak perantau di MESRA'15 PERUBATAN


Dataran Tahrir


Naik bot keliling Sungai Nil


Muzium Anwar Sadat di Alexandria


berlatar-belakangkan Sungai Nil



Asfour Crystal


Piramid di Giza



Roman Theatre di Alexandria


Istana Raja Farouq di Alexandria



Ladang kurma di Fayoum



Minum petang di Mercato



Library Alexandria



Pantai Ageeba di Matrouh



bersuka-ria di padang pasir


   
Ladang bunga matahari di Fayoum


   
Istana Qarun di Fayoum

Habis daaa. Best tengok gambar? Alhamdulillah.
 
Actually, banyak lagi tempat yang dilawat tapi tak larat nak upload semua. Especially masjid-masjid yang ada kat Mesir nih. Kami pegi tengah kemuncak waktu panas. Memang panas giler. Itu baru panas dunia kan? Panas kat padang Mahsyar nanti macam mana lah ye dengan matahari hanya sejengkal di atas kepala? Itu tak kira lagi panas api neraka yang berpuluh kali ganda panasnya dari panas dunia. Allahuakbar!

Seriusly, dalam banyak2 tempat pegi jalan, masuk masjid jugak yang rasa nyaman. Rasa sejuk jer. Kebanyakan masjid2 yang kami pegi memang kami akan singgah terus solat disitu. Kebanyakan masjid2 yang kami ziarah terletak di Cairo. Kat Cairo je amik masa 3 hari tok jalan2. Itupon tak semua tempat pon pegi.

Cairo, Fayoum, Matrouh, Alexandria dan Tanta. Ini nama2 tempat yang kiteorg lawat sepanjang family aku datang Mesir. Alhamdulillah. 
Mesir nih sangat besar. Lagi besar dari negara Malaysia. Dan kebanyakan tempat2 menarik untuk dilawat terletak jauh antara satu dengan yang lain. So, 2 minggu kat Mesir memang rasa tak cukup nak lawat semua tempat. Ikutkan hati banyak lagi tempat nak bawak famili tp masa sangat mencemburui dengan persiapan untuk hari konvo lagi.

Moga2 ada rezeki kami lagi untuk datang sini suatu hari nanti. InsyaALLAH.

Ok, till then ;)

Tuesday, October 20, 2015

BAHASA DIARI

Bismillah...

Setelah sekian lama tiba-tiba datang mood nak aktifkan kembali blog nih. Bole dikatakan hampir 3 tahun blog nih bersawang. Last update tahun 2012.

Yup, blog nih mula2 dibuat pada tahun 2010. Waktu tuh aku baru mula2 menapak di bumi Tanta, Mesir. Awalnya, sangat aktif menulis blog dan berkongsi segala pengalaman sehinggalah tahun 2012. Sejak itu, aku berhenti sehinggalah semalam tergerak hati untuk bukak blog nih semula. Dan mulalah aku membaca segala post2 di blog nih yang dulu.

Tersenyum sorang2, malu sorang2, ada part yang sayu sorang2.

'Macam nih ke aku tulis blog dulu?'
'Rasa macam x percaya aku tulis sume benda nih'

'Ooo, nih ke pengalaman aku dulu'

Haaa, macam2 perasaan dan persoalan datang bila baca post2 aku sendiri.


Tapi, one part yang aku pasti, segala yang aku tulis di blog nih memang apa yang terjadi berdasarkan pengalaman sendiri ataupon dengan kata lain 'true story' dan jujur dari hati. Takde reka2 cerita. Sebab tu bila baca balik post2 sendiri rasa macam flashback. Sungguh cepat masa berlalu kan? Yup, aku tulis blog nih bukan ape pon. Sekadar nak cerita pengalaman sendri pada diri sendiri or pd orang lain(klo ade yg bacalah). Tp yang pasti nak cerita pengalaman sendiri untuk diri sendiri. That for sure. Sebab kadang2 pengalaman yang kita lalui nih macam2 and seronok untuk disimpan sebagai kenangan. So, klo tak tulis memang susah nak ingat sume secara details, ye dak? So, pendek kata my blog is my diary.

Dulu, sebelum terjebak dengan dunia blog nih, aku orang yang sangat suka tulis diari and I have my own letters for my diary. Yup, aku cipta sendiri huruf2 tuh tok dijadikan sebagai bahasa diari aku. So, dengan erti kata lain, biarlah diari nih diletak di mana2pon hatta tempat yang terbuka pon, even orang baca pon, yang pasti diorang tak kan faham. Sebab tulisan ini aku sendiri sahaja yang faham. Pernah jugak ajar kawan2 aku bahasa diari aku nih. Terkial-kial diorang nak faham and nak cuba tulis. Memang susah, sebab tulisannya nak kata macam huruf korea pon ada, macam jepun pon ada, macam cina pon ada. Dulu waktu mula2 cipta bahasa diari aku nih, tak silap waktu sekolah rendah lagi. Aku sendri pon terkial nak tulis and kena sentiasa rujuk semula skema bila nak baca. Tapi skarang dah terbiasa, so i dont need the scheme anymore. I can write and read the letters secara lancarnya. 


salah satu halaman dalam diari aku with my own diary languange

So, ade sape2 yang bole baca except the word 'Alhamdulillah'? Hehe

Yup, for certain words macam 'Alhamdulillah, Allah, Bismillah', I will keep the words as it is.

Until now, I'm still using my own diary languange. Pada certain2 waktu dan tempat jika diperlukan. 

So, cerita pasal update terbaru?

Em, 3 tahun tak menulis blog konfem banyak cerita tapi tak laratlah nak cerita sume satu2 kan. Memang banyak. InsyaALLAH, akan cerita apa yang terbaru saja. Next entry, ok? 

Till then.

;)

Monday, October 19, 2015

I'm Back...

Bismillah....

Saya kembali lagi setelah sekian lama....
Ingin aktifkan semula blog yang dah lama bersawang nih...
Tengah nak update and tukar wajah baru...
Doakan sy istiqamah...Fighting!!!
Wait for my next post, ok? ;)

Friday, August 3, 2012

KENANGAN dan IMPIAN~~~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~~~




Assalamualaikum...
kini sudah hampir sebulan berada di malaysia...
sejak mula bercuti dan pulang ke kampung halaman pada 9 julai 2012...
kali nih...
berbeza dengan cuti tahun lepas...
dulu di REMBAU...kini di MELAKA...
Alhamdulillah =)
kami sekeluarga akhirnya kembali ke negeri tumpah darah kami...
so, memang cuti kali nih banyak dihabiskan di MELAKA...
sungguh, banyak yang sudah berubah...
sangat berbeza jika dibandingkan semasa umur di sekolah rendah...
bila kembali ke taman tempat tinggal kami...
segalanya dikenang kembali...


''dulu, selalu naik basikal pegi sekolah rendah agama dgn kawan2''
''dulu, setiap pagi tunggu van depan umah setiap 6.30 pagi untk ke sekolah pagi''
''dulu, kat tempat nih lah BABA dan KAK CHIK pernah kemalangan...balik umah penuh dngn darah''
''dulu, selalu main dgn jiran sebelah...x kira laki prempuan...main dalam kolam plastik sama2..berenang sama2'' (haha, nih bila ingat balik mmg malu giler...sekarang sume dah besar2 dah)
''dulu, kat kantin sekola agama selalu beli nasi lemak 30 sen sebanyak 3 bungkus hampir setiap hari...sbb nak makan bila balik sekolah agama sambil tengok YO SOY BETTY LA FEA...sampai makcik kantin tuh pernah tanya, selalu beli byk2 nih bg sapa makan?..dengan selamba menjawb nk bg adik2 makan...sedangkan kat umah makan sorang2 pon...hahahaha =P ''
''dulu, mase kecik2 pernah tipu bukak puasa senyap2 amik tembikai dalam peti sejuk sebab x tahan lapar sangat''
'' dulu...dulu...dan dulu''


sungguh banyak kenangan...
ada yang manis dan ada yang pahit..
tapi semuanya terasa indah...
=)
kini, dalam x sedar...
sudah menjangkau umur 20 tahun...
pada 31 Julai 2012 yg lalu...
selamat tinggal pd umur belasan tahun...
terima kasih yang terhingga pada mereka2 yang wish dan mendoakan saya x kira di fb, ym, enset dan dimana jua...
smoga ALLAH mengurniakan kalian juga seperti apa yang didoakan malahan lebih dari itu...insyaALLAH..=)


dalam 2 minggu berada di malaysia...
alhamdullillah, akhirnya result untuk TAHUN 1 PERGIGIAN pon keluar...
agak x percaya jugak sebab awal...
kalau ikutkan tahun lepas, pertengahan bulan 8 baru result PRE-DENTAL keluar...
ALHAMDULILLAH...
 secara rasminya saya berjaya melangkah ke TAHUN 2 PERGIGIAN (baca : tahun 3)...
dengan keputusan keseluruhan JAYYID JIDDAN...
yup, sama pangkatnya seperti tahun lepas...
4 subjek MUMTAZ, 3 subjek JAYYID JIDDAN...
bila kira2 markah keseluruhan baru dapat taw...
guess what???...
only 1 mark nak ke mumtaz T___T
just 1 mark T___T
xpelah, mungkin x de rezeki taun nih...
ape yg dpt pon dah sngt2 disyukuri...
ade sebab ALLAH x bg lagi 1 markah tuh...
kita jangan fikir 1 markah tuh datangnya dalam kertas soalan sahaja...
sedangkan 1 markah tuh bole jadi macam2...


mungkin 1 markah tuh adalah amalan kita yang x cukup...
mungkin 1 markah tuh doa kita yg x berapa bersungguh2...
mungkin 1 markah tuh niat kita yang mungkin terlari daripada niat kerana ALLAH...
mungkin 1 markah tuh hubungan kita dengan kawan2...
mungkin 1 markah tuh hubungan kita dengan ibu bapa dan keluarga...
mungkin 1 markah tuh hubungan kita dengan ALLAH...
mungkin 1 markah tuh dosa dan maksiat yang dibuat...
macam2 kemungkinan bole jadi untuk hanya 1 markah...


oleh itu, tugas saya...
kena sentiasa muhasabah diri balik...
-
-
-
-
semasa dalam musim exam...
saya selalu cakap dengan ahli2 bait saya...
ada 2 impian besar sy bila tamat exam nih...
pertama, untuk diri saya sendiri mendapat keputusan yang terbaik...
kedua, untuk sume famili asnan gamil dapat naik tahun sama2...
x nak ade kwn2 yg ulang tahun...
serius, sy x nak...
kami dah mcm satu famili...
untuk kwn2 yg kena dhur thani(reseat paper)...
doa sy sentiasa untuk anda semua...
buat yg terbaik kwn2...
sy yakin kwn2 sy bole...
insyaALLAH, kita sume naik tahun sama2...
inilah kejayaan kita bersama yang sebenarnya...
sama2 naik tahun dan insyaALLAH grade sama2...
ameenn=)

x lupa juga...
ade 7 org kawan2 sy mendapat mumtaz...
ATIN(baca : nenek..haha) , AZYAN, HAFIZAH, METOT, MALIA, HALIMAH dan PENGIRAN...
tahniah kawan2...
kekalkan dan semoga menjadi kebanggan untuk agama dan bangsa kita=)


p/s : internet kat umah bermasalah sedikit...jarang bukak fb, update blog(bosanlah update blog klo x de gmbr), ym dan sebagainya yang berkaitan dgn internet (nak tempah tudung i-Nur pon x dapat2 lagi T_T)


Thursday, May 17, 2012

KEEP FIGHTING FOR DUNIA AND AKHIRAT~~~

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM~~~


Assalamualaikum...
Alhamdulillah, berjumpa lagi di sini setelah sekian lama...
sedar x sedar...
sudah sampai ke pertengahan bulan Mei 2012...
sudah sampai ke penghujung bulan Islam Jamadilakhir...
tidak lama lagi muncul bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan...
Ya ALLAH, rindunya pada bulan2 itu...
x sabar hendak ketemu rasanya... ( ;

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ

''YA ALLAH, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikan kami kepada bulan Ramadhan''
smoga ALLAH panjangkan umur kita...
untuk sampai pada bulan2 mulia itu...
jika itu yang terbaik disisiNYA..
tahukah kawan2...
untuk menghadapi bulan RAMADHAN...
REJAB dan SYA'BAN adalah bulan persediaanya???...

"Rejab adalah bulan menabur biji benih, 
Sya'ban bulan menyiram tanaman,
 Ramadhan sebagai bulan menuai hasil tanaman itu"
(Kitab Jam'atul-alFawaid wa Jawahirul-Qalaid)

"Rejab itu hari tumbuh daunnya,
Sya'ban itu hari keluar buahnya, 
Ramadhan itu hari menuainya"
(Al-Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani)

''Rejab menyucikan badan, 
Sya'ban menyucikan hati,
Ramadhan menyucikan roh''

''Rejab bulan maghfirah(keampunan daripada ALLAH,
Sya'ban bulan sya'faat(pertolongan daripada ALLAH,
Ramadhan bulan penggandaan segala kebajikan''

jika diperhati dngn teliti...
situasi yg sama berlaku di sini...
pada saat sume pelajar sedang menyibukkan diri...
dalam persediaan menghadapi final exam...

bulan April yg lalu...
 jadual kita dipenuhi dngn exam2 praktikal...
pada ketika ini...
kita telah mulakan langkah2 dan persediaan awal...
untuk menghadapi final exam....
satu persatu buku praktikal kita buka untuk diulangkaji...
walaupon tidak menyeluruh subjek yang dibaca...
setidaknya,
kita telah dpt gambaran awal tentang sebahagian topik mengenai subjek berkenaan...
seperti juga REJAB bulan menabur biji benih...
kita mulakan sedikit demi sedikit sunah2 yg dianjurkan Rasulullah...

pada bulan Mei skrang ini...
jadual kita penuh dngn study leave...
gambaran awal yg kita dpt drpd bulan exam praktikal yg lalu...
kita mantapkan lagi dngn ulangkaji lebih mendalam...
dari kulit ke kulit kita baca...
dari hari ke hari kita mengulang bacaan...
supaya tidak ade satu pon yg tertinggal untuk dibawa ke exam final nnt...
seperti juga SYA'BAN bulan menyiram tanaman...
amalan2 sunnah yg dimulakan sedikit bulan yang lalu...
kita mantapkan lagi dngn melakukan lebih banyak amalan2 sunnah...
dan kita kerap melakukan amalan2 itu dari hari ke hari
untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan...

pada bulan Jun akan dtg...
jadual kita penuh dengn segala exam written dan oral...
pada ketika ini...
kita akan cuba sehabis baik semasa menjawab exam...
sebb exam written memberi markah yg paling byk untuk tiap2 subjek...
seperti juga RAMADHAN bulan untuk menuai hasil tanaman...
tiba bulan mulia ini...
kita akan lebih melipatgandakan amalan...
kerana pahala dan rahmat yg dijanjikan ALLAH...
 untuk segala kebajikan yg dilakukan pd bulan ini tidak ternilai...
masing2 berebut untuk membuat sebanyak mungkin amalan...

dan pada bulan Julai atau Ogos...
sebagai bulan kemenangan...
kemenangan kita kerana telah tamat segala final exam...
pada saat ini..
ramai yg akan pulang ke kampung halaman atau pergi berjalan2...
dan juga kemenangan kita bila result diumumkan...
yg mendpt kejayaan akn gembira dan bersyukur...
yg kurang berjaya mungkin bersedih...
seperti juga bulan SYAWAL...
bulan kemenangan umat ISLAM...
pada waktu ini...
ramai pulang ke kampung halaman berjumpa sanak saudara...
menyambut hari raya dngn gembira...
tidak lupa juga...
ade juga dlm kalangan kita yg bersedih bulan ini...
apabila tidak dpt bersama2 dgn famili menyambut hari raya bersama2...
samalah seperti mereka yg kurang berjaya ketika result exam diumumkan...

situasinya sama...
cuma kita sedar atau tidak...
kerana kadang2...
terdapat sebahagian drpd kita...
ditenggelami dngn kesibukan exam...
sehingga menyebabkan kita menjadi hamba kepada exam...
bukan lagi hamba kpd ALLAH..
peringatan untuk diri sendiri terutamanya...
NA'UZUBILLAHIMINZALIK~~

oleh itu rakan2...
dalam sibuk menyiapkan diri menghadapi exam...
jgn lupa persiapan diri untuk akhirat juga...
''KEJARLAH AKHIRAT, DUNIA AKAN MENGEJARMU''

RABBUNA YUSAHHILNA !!!

2 JUN 2012 = PHYSIOLOGY (Written)
3 JUN 2012 = PHYSIOLOGY  (Oral)

7 JUN 2012 = DENTAL MATERIALS (Written)
9 JUN 2012 = DENTAL MATERIALS (Oral)

13 JUN 2012 = ANATOMY (Written)
14 JUN 2012 = ANATOMY (Oral)

16 JUN 2012 = MICROBIOLOGY (Written)
17 JUN 2012 = MICROBIOLOGY (Oral)

21 JUN 2012 = PATHOLOGY (Written)
23 JUN 2012 = PATHOLOGY (Oral)

26 JUN 2012 = ORAL HISTOLOGY (Written)
27 JUN 2012 = ORAL HISTOLOGY (Oral)

28 JUN 2012 = BIOCHEMISTRY (Written)
30 JUN 2012 = BIOCHEMISTRY (Oral)

keep fighting for dunia and akhirat !!!
^_^